Tahukah korang, yang setiap tahun
kerajaan memperuntukan sejumlah wang untuk dibelanjakan kepada seluruh
kementerian-kementerian yang anda melalui perolehan kerajaan?
Tapi tak semua yang tahu, bagaimana nak memenangi perolehan yang
rasanya tersembunyi itu. Setiap jabatan kerajaan biasanya memperuntukkan
jutaan ringgit untuk diberikan kepada syarikat-syarikat yang layak
untuk mendapatkan perolehan kerajaan ini.
Walaupun aku terlibat secara langsung dengan perolehan kerajaan
ni, tapi aku tak boleh nak bocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang ada.
Cuma kalau korang berminat nak tahu secara mendalam, dari A sampai Z
tentang bagaimana pengalaman salah seorang kakitangan awam yang juga
terlibat secara langsung dalam perolehan kerajaan.
Maaf, aku memang tak
dapat nak ceritakan dengan lebih terperinci di blog ini sebabnya memang
menjadi tanggungjawab aku untuk merahsiakan apa yang perlu dirahsiakan
daripada orang awam di luar sana. Cuma aku mungkin boleh ceritakan
beberapa perkara asas dalam perolehan kerajaan ni yang rasanya mungkin
terlalu umum, tapi aku akan cuba ringkaskan supaya korang dapat memahami
dengan lebih jelas lagi.
Apa antara perolehan-perolehan kerajaan yang sangat best tu?
Untuk rujukan korang, bagi setiap
jabatan kerajaan, perolehan untuk kerja-kerja perkhidmatan adalah
berbeza mengikut jabatan. Jadi korang haruslah tahu secara terperinci
sesebuah jabatan kerajaan tersebut apakah antara kerja-kerja yang sering
dilakukan oleh sesuatu jabatan kerajaan supaya korang dapat bersedia
lebih awal dengan dokumen-dokumen yang perlu ada.
Antara kerja-kerja yang biasanya diperlukan oleh jabatan kerajaan adalah seperti berikut:
1.Fotostat
2.Bekalan kertas
3.Bekalan alat tulis
4.Mencetak T-Shirt, Beg, Pakaian Seragam
5.Bekalan Toner, Katrij
Ada banyak lagi kalau aku nak ceritakan,
tapi 5 perkara tersebut adalah paling banyak sekali korang boleh
lakukan. Tengok jabatan juga sebenarnya. Bagi jabatan dan kementerian
yang aku bertugas, 5 perkara tersebut merupakan yang paling banyak
sekali kerana melibatkan guru-guru dan juga murid-murid yang ada di
Malaysia ini.
Rasanya berapa nilai bagi sesuatu kerja tu ye?
Nilainya berbeza-beza mengikut skop
kerja. Kalau ikut tahun ni, setiap perkhidmatan tersebut tidak boleh
melebihi RM20,000 nilainya. Kalau dulu nilainya adalah RM50,000 bagi
setiap syarikat. Ini bertujuan supaya memberi peluang ramai lagi
pembekal untuk menawarkan servis mereka dengan kerajaan. Tak ke berita
baik tu kan?
Kalau macam tu, peluang korang untuk
dapat kerja-kerja yang amat bernilai ni adalah tinggi bukan? Tapi kalau
korang baru nak mula, agaknya macam mana ye? Boleh ke buat? Mungkin
korang boleh cuba dapatkan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini
supaya korang dapat panduan yang betul dan terbaik daripada mereka yang
berpengalaman.
Salah caranya nanti, daripada korang ada peluang, langsung takde peluang nak masuk..tak gitu?
Apa dokumen-dokumen yang perlu korang sediakan untuk terjah jabatan-jabatan kerajaan ni? Antara dokumen-dokumen yang korang selalunya kena sediakan adalah seperti berikut:
1.Sijil SSM yang sah
2.Salinan Penyata Akaun Bank atas nama syarikat
3.Sijil Kementerian Kewangan
2.Salinan Penyata Akaun Bank atas nama syarikat
3.Sijil Kementerian Kewangan
3 dokumen ini sebenarnya adalah paling
penting sekali untuk korang sediakan terlebih dahulu.
Ini adalah kerana
dengan hanya berbekalkan 3 dokumen ini sahaja, korang sudah boleh masuk
untuk memenangi perolehan kerajaan. Untuk yang lebih advance, akan
diceritakan dengan lebih jelas lagi dalam Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.
Apa yang aku cerita ni mungkin korang
tak berapa nampak bukan? Mungkin masalah korang juga mempunyai masalah
seperti yang diterangkan dibawah ni.
Kesemua persoalan korang tu akan terjawab apabila korang mendapatkan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini dan mungkin inilah masanya korang bakal menjadi usahawan yang berjaya. Antara perkara paling penting korang kena ingat…
Kerajaan sentiasa memantau prestasi
perbelanjaan bagi setiap jabatan kerajaan. Setiap duit yang dibelanjakan
haruslah dihabiskan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jika prestasi
kewangan tidak baik, bajet untuk tahun hadapan mungkin akan
dikurangkan. Jadi ini memang saat dan peluang keemasan korang untuk memenangi perolehan kerajaan yang seperti lubuk korang untuk menjadi usahawan kerajaan yang berjaya.
Insyallah untuk post akan datang aku
akan cuba berikan beberapa tips menarik lagi untuk korang supaya lebih
jelas lagi, bagaimana caranya hendak memenangi perolehan kerajaan. Kalau
korang lambat grab peluang ni, akibatnya korang sendiri yang rugi, dan
terpaksa tunggu pula tahun 2016..:D

