Menang Perolehan Kerajaan…
Nampak macam best kan kalau dapat menang tender kerajaan.
Tambah pula kerja yang korang buat tu memang modalnya sikit sahaja tapi
untungnya mungkin 100 kali ganda. Contohnya, korang dapat tender
daripada kerajaan membekalkan 2000 unit Pendrive.
Harga
kos korang katakanlah korang boleh dapat dengan harga RM15.00 sahaja
dan korang boleh tawarkan kepada kerajaan dengan harga RM25.00. Nampak
tak untung kat situ?
Harga jual – RM25.00
Harga Kos – RM15.00
Keuntungan – RM10.00 bagi satu item.
Keuntungan sebenar – 2000 pendrive x RM10.00 – RM20,000.00
Apa yang paling menarik sekali
sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak pernah pun miss untuk bayar
kepada semua pembekal yang mendapat perolehan dengan kerajaan. Jadinya,
kompem bayar. Cuma mungkin ada isu-isu tertentu seperti kelewatan
pembayaran, biasanya kalau barang dah dapat, pembayaran akan dibuat
dalam masa 2 minggu. RM20,000 sekali masuk dalam akaun, kan ke best? Itu
baru satu jabatan kerajaan..kalau dalam setahun tu korang boleh
bekalkan dalam 5 jabatan kerajaan, dan juga 5 bekalan yang berlainan?
Menang Perolehan Kerajaan Memang Best…
Itulah antara apa yang best kalau korang
dapat tender ataupun perolehan terus daripada Kerajaan Malaysia. Cuma
ramai yang masih tak tahu lagi, Bagaimana…Susah ke? Kena pakai CABLE
ke?…
Sebelum korang berimaginasi lebih jauh
yang korang boleh kaya cepat dengan perolehan kerajaan ni..aku
nasihatkan korang ikut dulu beberapa perkara yang korang harus ada
sebagai persediaan untuk memenangi perolehan kerajaan dengan mudah.
Takut korang tak lalu pula nak terima kerja-kerja tu nanti kan.
Pendaftaran ePerolehan
Setiap pembekal yang ingin berurusan dengan kerajaan, adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan sistem ePerolehan
atau EP singkatannya. Adalah diwajibkan juga untuk korang memenangi
perolehan daripada kerajaan, korang mestilah berdaftar dengan sahnya
supaya segala rekod korang akan dianalisa oleh setiap badan kerajaan
yang ada.
Jadi jangan nak bagi banyak alasan yang
korang malas, susah…leceh…orang yang rasa susah, leceh, buang masa
ni…harap korang tak payah nak mimpi menang perolehan kerajaan, sebabnya
korang malas je..nak dapat duit cepat macam Main Forex pun kena rajin buat analisis..tak gitu?
Panduan Pendaftaran Pembekal Dalam Sistem ePerolehan
1.Cara nak daftar, bukan susah mana, korang hanya perlu download borang-borang yang telah disediakan di laman web ePerolehan itu sendiri.
2.Download borang-borang yang berkaitan
dan bacalah semua syarat yang ada itu supaya korang jelas dengan semua
syarat dan juga peraturan untuk berdaftar dengan ePerolehan ini. Syaratnya agak ketat, tapi tak susah mana kalau korang ikut dengan baik dan teratur.
Pening juga kan, banyaknya borang nak
kena download dalam tu..mana satu pula kerja yang aku nak masuk dalam
kerajaan ni? Kerja apa yang aku boleh buat tanpa menggunakan modal yang
banyak?
Itu satu lagi persoalan yang bagus juga…
Khairul Nizam Bakar, selaku pakar dalam Perolehan Kerajaan,
dah bagi korang satu panduan yang amat bagus untuk korang dapatkan
dengan segera. Lagi lama korang tunggu, lagi rugi la kan, sebabnya dah
ramai orang tahu rahsia ni. Setakat ni memang tak ramai yang dapatkan
lagi…rugi kalau korang tak dapatkan satu…
Mulai 1 April, Semua Barang Kena GST, Macam Mana Nak Untung Dengan Perolehan Kerajaan?
Bagi pembekal-pembekal, sudah tentu
sudah diberikan taklimat oleh Kastam Diraja Malaysia tentang
barang-barang yang tidak dikenakan GST. Bagi perolehan dengan kerajaan
pula, bagi mereka yang telah mendaftar dengan Kastam, kod GST/CBP akan
dimasukkan ke dalam sistem ePerolehan dan cuma perolehan berbentuk
bekalan terus tidak akan dikenakan GST.
Apa juga jenis perkhidmatan, sewaan dan
melibatkan perkhidmatan, secara automatiknya akan dikenakan GST di dalam
sistem ePerolehan, jadi apabila pembekal mendaftar, pihak jabatan akan
mengeluarkan surat pengecualian di dalam sistem ePerolehan berkenaan
untuk perbekalan berkenaan supaya pembekal ini tidak akan dikenakan GST.
Jadi walaupun GST dilaksanakan, korang
boleh juga mendapat untung yang banyak dengan perolehan kerajaan ini.
Cuba dapatkan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan Dengan Segera dan kaut
untung dengan cepat…
Kenapa Kena Cepat Pula? Bukan Kerajaan Banyak Duit Ke?
Rahsia kenapa kenapa cepat tu aku akan bongkarkan kepada korang dalam entri yang seterusnya nanti…

