Cerita Tentang 7 Sebab Kenapa "Aku" Tak Nak Join Tone Excel

7 Sebab kenapa aku tak nak join Tone Excel

Cerita 1

Bila ada kawan gua..yang join tone excel.

Gua ok.

Gua tak menghalang langsung.

Dan bila ada orang asing yang cuba ajak gua jadi downline mereka pun..gua tak menghalang. Gua dengar promosi mereka..gua baca ayat yang mereka tulis.

Tapi..bila gua menolak dengan baik..gua harap lu orang faham. Gua tak minat.

Jadi..usah paksa.

Nanti ada yang kene tumbuk kat rusuk kiri bertalu-talu.

Nota: Aku tak suka orang paksa-paksa bila aku dah awal-awal kata tak mahu. Faham?
tumbuk rusuk kiri
Cerita 2

“Bro..jomla bro. Join tone excel..mudah aje. Tak susah. TAK PERLU CARI DOWNLINE. Cuma cerita kelebihan tone excel je..”

“Kan gua da cakap. Gua tak minat.”

“Tapi bro. Benda ni senang nak wat duit. Semua orang pakai telefon. Mesti topup punya selalu. ”
“Nape tak nak bro. Ni kira senang je nak buat. Tak yah dah tulis blog hari2. Lagi lumayan dari tulis blog.” tanya beliau lagi apabila pertanyaannya tidak gua jawab dengan pantas.


“Jap..dua bulan lepas berapa tone excel bayar ko?” soalan gua selepas lama berfikir.

“Ada la dapat seratus lebih..bulan ni dah dekat 3 ratus.”

“Jadi..soalan aku. Berapa aku dapat dengan tulis blog?”

“Banyak. Tiap bulan ribu2. Bro kan terer..”


“Jadi..ko tau dah kenapa aku tidak berminat dengan tone excel ?”

Nota: Memerlukan pemikir otak kiri untuk faham cerita ini.


Cerita 3

Terbaca satu email.

Gua subscribe berader tu punya mailing list sebab dia punya info pasal blogging memang best gak dibaca. Tiba2..email yang masuk tu cerita pasal tone excel.

 Dah sebulan..boleh kata da lebih 5 email pasal tone excel. Email pasal tips blogging dah takde. Blog pun dok cerita pasal tone excel memanjang. Sampai bosan membacanya walaupun tengah hirup semangkuk cendol banting.


So..gua unsubscribe mailing list beliau dengan penuh berat hati sebab mungkir janji dan semacam menipu gua.



….
Happy ending.




Cerita 4

“Betol bro..buat bisnes tone excel ni tak payah cari downline.

….
Gua pandang ini kawan dari atas sampai ke hujung stokin.



“Habis yang ko cari aku ni apa pasal?

Nota: Jangan nak kelengtong aku sangat. Pengalaman aku dalam dunia mencari downline ni 

bukan 1,2 tahun. Lebih 10 tahun dah. Sejak umur aku 18 tahun aku dah join MLM nih.

the coach
Cerita 5

“Bro..guna simcard tone excel ni jimat. Simcard company lain mana jimat macam ni..dapat duit komisen nanti, leh la beli iPhone 5S ke, belanja bini bro lamb chop ke, pergi honeymoon kali kedua ke..bla..bla dan bla..”

“Ko topup sebulan berapa?” tanya gua sepantas kilat memotong ayat membebel kawan aku yang seorang nih.

“Rm60. Kekang kurang..kekadang lebih seratus gak.” balasnya laju. Tak nak kalah.

“Aku topup rm10 sebulan. Rm30 pun..kekadang je. Jadi..topup siapa lagi jimat?”

Nota: Bab jimat dan untung adalah 2 kategori yang berbeza. Tak yah temberang nak cover keuntungan untuk cerita tentang penjimatan. Definisi dan konsepnya cukup berbeza.




Cerita 6

“Nape bro, Tone Excel ni scam ke? Kaki penipu ke? Produknya tak halal ke?”

Jangan PAKSA aku berbicara isu yang sensitif ni.

Nanti, ko juga yang maki balik upline ko.

Fullstop.


Jangan tanya lebih-lebih pada BENDA yang tidak patut ditanya.

Nota: Benda dalam kelambu, tak elok cerita dengan orang awam.





Cerita 7

“Kenapa bro tak nak join? Otai MLM tu pun join tau. Tuan Guru X itu pun join sekali. Puan F yang glemer itu bukan dah join Tone Excel. IM terhebat di Malaysia pun dah join jugak. 


Pakar Hartanah Malaysia itu pun dah join dan dapat banyak duit dari Tone Excel. Kenapa bro tak nak plak? Cuba bagi 10 SEBAB mengapa bro tak nak join Tone Excel ni?”




Ini jawapan aku.

Diorang pandai cari downline.

Nak jaga hati downline pun aku tak reti. Nak pastikan semua downline rajin topup setiap bulan pun aku tak rasa aku boleh “handle” dengan baik. Nak paksa downline aku agar RAJIN cari DOWNLINE pun aku tak reti nak ajar. Nanti, downline aku terkapai-kapai..dah jadi satu masalah negara la pula.




Aku ni dah la pemalas dan kuat tidur.

Kuat minum cendol. Kuat minum kopi malam-malam.

Ko nak suruh aku yang malas ni buat tu semua? Ko gile ker?

Kau nak aku suruh downline aku yang tak pandai bab internet ni cari dowline?

Nak dapat 10 downline pun aku rasa dah susah. Inikan nak dapatkan 400 orang
downline?

Ko mampu handle 400 orang downline?

Dan kau nak aku suruh diorang beli simcard berharga RM90 atau RM110 itu dan
cerita benda yang sama pada 400 orang yang lain?

Okeh. Ko memang hebat. Sila teruskan usaha ko itu untuk cari downline yang ke 401.

Aku doakan ko berjaya dengan gemilangnya.


Aku tak pandai semua itu. 

Jadi, mengapa benda yang aku tak pandai, aku kena join?

Aku dah tahu kelemahan dan kekuatan aku.

Mengapa tidak aku fokus pada kekuatan yang aku ada dan yang aku mahukan?



Mengapa aku PERLU fokus pada kelemahan aku yang memang sukar untuk diselesaikan?
focus on what you want
Kesimpulan.
  1. Aku ada sebab kukuh tak join Tone Excel. Cukup kukuh. Jadi..takyah promosi dengan aku banyak kali. Memang aku takkan join punya. Sila cari orang lain yang rajin dan pandai cari downline. Aku tak pandai. Tak ada Jutawan Tone Excel yang tak cari downline. Semua yang dapat banyak buat duit dari Tone Excel tu semuanya pandai cari downline. 
  2. Aku tak suka kebanyakkan cara promosi yang dilakukan oleh geng-geng Tone Excel ni buat. Banyak sangat temberang dan pusingannya.
  3. Yang promosinya ok ada. Tapi tak banyak.
  4. Hangpa semua nak join. Join je. Aku tak menghalang. Itu hak korang untuk memilih. (BACA ni 1000 kali sebelum korang nak maki aku.)

Tapi kalau ada yang tanya, patut ke tidak buat bisnes ni?

Aku rasa korang dah tahu dengan hanya membaca pendapat peribadi aku ini. Tak perlu nak 
 maki aku.


Sebab apa aku tulis ni pun, memang semuanya betul. Geng Tone Excel pun tak boleh nak membangkang sangat.

Apa itu Tone Excel?

Ya. Apa itu Tone Excel sebenarnya? Tone Excel ni lebih kurang macam satu program dimana ada satu simkad yang memberikan peluang buat duit kepada sesiapa yang menyertainya.

Program ini bayar RM20 untuk kepada sesiapa yang dapat satu tajaan atau downline. Satu downline korang dapat cari dan join Tone Excel dan beli simkad Tone Excel tu, korang akan dapat RM20.


Selain itu, setiap kali downline korang topup, korang dapat komisen sampai bila-bila selagi dia masih pakai topup tu pada setiap bulan. Jadi, kalau downline korang topup setiap bulan, setiap bulan la korang dapat duit.

Program ini ada pelan pemasaran dan sampai 3 level sahaja. Ada bagi insurans percuma kalau topup dalam jumlah tertentu. Ini simkad untuk bagi dan jana duit. Ini bukan simkad untuk jimat topup. Harap maklum.


Apakah hukum sertai atau join Tone Excel? 
Haramkah? Haruskah? Sunat kah? Makhruh kah?

Tone Excel penipu ke Tone Excel Scam ke Tone Excel tipu kah..
Aku TAK TAHU.

Aku tak tahu hukum sertai atau join Tone Excel nih. Sebab Tone Excel ini pun tak ada penasihat syariah.

Tapi sebab aku ragu-ragu.. aku tinggalkan. Simple like that.


Ps: Majoriti otai Tone Excel akan FAHAM maksud tersirat dan tersorok yang aku cuba sampai. 

Tapi tak semua akan mampu nak sampaikan realiti sebenar pada downline mereka yang banyak itu.

Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal? Prepaid WOW Penipu?


Kalau anda dikalangan agen Tone Excel yang gagal, jom dengar cerita peribadi aku sendiri nih.


Salah Mindset


Pertama,

Ramai yang fikir, setelah membeli sim kad Tune Talk dan mendaftar sebagai agen Tone Excel dengan bayaran RM65.40 anda boleh:


buat duit dengan pendapatan pasif dua kali sebulan

duit masuk akaun hanya dengan handset ditangan


bebas kewangan dalam tempoh 3 tahun


ada simpanan untuk pergi haji


dapat naik kapal terbang free


zero (0) kos telekomunikasi keluarga


senyum lebar hingga ke telinga bila ditaja melancong ke luar negara


dan macam-macam lagi yang ada dalam fikiran




Ya…
Saya juga begitu dulu… berangan-angan atas sofa sambil tengok Astro.


Sambil hirup milo panas dalam mug, tangan sebelah kiri memegang smartphone android murah jenama Lenovo.  Dalam kepala, fikir bila smartphone ni nak bertuka jadi IPhone 6 Plus?


Akhirnya, setelah sebulan, dua bulan, tiga bulan dan hingga setahun duit habis untuk topup setiap bulan.


Manusia yang mendaftarkan akaun Tone Excel dulu senang lenang masuk bonus setiap kali topup.


Semua yang diangan-angankan tetap tinggal dalam benak fikiran sahaja.

Kemudian, muncul pelbagai spekulasi dan fitnah.  Kerana yang diimpikan tidak menjadi realiti dalam kehidupan.



Tone Excel Penipu


Mulalah, kata Tone Excel penipu.

Janji kosong.

Dek kerna tidak puas hati, hampir setiap jalan yang dilalui menabur fitnah merata-rata sehingga ada yang terpijak percaya “Jangan masuk Tone Excel, nanti kena tip

Sedangkan…

.
Semua yang diatas betul.
Hakikatnya, diri sendiri yang menipu.  Menipu kepada niat sebenar kepada diri sendiri saat mula-mula mendaftar dulu.


Bukannya, Tone Excel yang menipu.  Tetapi diri itu menipu diri sendiri.  Lepas tu, tipu pulak orang lain.

Buktinya, ramai yang dah berjaya.

Syarikat Tone Excel tetap berjalan seperti biasa.  Kaut keuntungan juta-juta dan share bonus kepada yang layak.


Kalau Tone Excel Bukan Penipu Kenapa GAGAL?



Persoalannya


Kenapa aku GAGAL?

Setelah lama termenung mengenangkan nasib, sambil-sambil mengkaji dengan sebenar-benar berfikir barulah aku faham.


Selama ini, aku salah Mind Set.

Salah fikiran.


Salah tanam dalam minda separa sedar.


Salah “niat”

Aku belajar dari kesilapan sendiri.
Jawapan kepada soalan “Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal?” adalah kerana salah Mindset.


Semua kelebihan dan keistimewaan yang Tone Excel janjikan itu adalah buah atau hasilnya.  Salahnya aku adalah meletakkan niat dan matlamat untuk buah tersebut.


Sedangkan, aku tidak menanam benih dan menjaga pokok.  Setelah pokok yang ditanam tumbuh, dibaja dan dijaga rapi barulah ia mengeluarkan buah.  Dah keluar buah baru boleh menikmati kesedapannya.  Kualiti buah yang dihasilkan bergantung kepada cara penjagaan kita sendiri.



Soalan lagi…
Bagaimana nak menanam pokok Tone Excel?
Pokok sistem Tone Excel adalah “bisnes”.


Tukar fikiran, daripada memikirkan soal buah kepada fikirkan pokoknya.

So, ubah mindset anda untuk jadikan Tone Excel ini adalah sebuah perniagaan.

Niatkan, Tone Excel adalah sebuah perniagaan untuk perniagaan.



Perniagaan apa?

“Business Get Busines”

Ya,


BGB – perniagaan yang menjual perniagaan.

Perniagaan yang menjual sistem untuk berniaga.

Setelah anda daftar, automatik anda adalah seorang peniaga atau usahwan. Peniaga atau usahawan yang produknya adalah juga sebuah perniagaan.

Niatkan dan tetapkan dalam hati bahawa:
“Aku berniaga Tone Excel ini untuk membantu orang lain juga mempunyai perniagaan seperti aku semata-mata kerana Allah”


Jangan kerana perkara-perkara lain yang aku sebut sebagai “Buah” atau “hasil”.

Kerana, “buah” atau “hasil tersebut akan muncul dengan sendirinya nanti.  Bukankah, setiap sesuatu itu adalah kurniaan Allah.




Kelebihan Bisnes Tone Excel

Sebagai peniaga yang menjual perniagaan, lihat apa kelebihan yang ada pada perniagaan anda?

Kalau terus menerus pandang kepada kekurangan, sampai bila-bila pun tidak akan terlihat kebaikan yang diperolehi.

Perniagaan yang bermodalkan serendah RM65.40.

Bayangkan, nak cari mana bisnes yang modal permulaanya adalah RM65.40?
Setelah mendaftar anda dapat:


Nombor telefon baru atau pot-in yang khusus untuk perniagaan.

Produk “POWER” yang menjadi keperluan masyarakat sekarang.


Syarikat yang mempunyai “Sistem” yang mantap dan establish.


Semua orang tahu, bukannya produk baru nak “test market”


“repeat sales” – maksudnya orang topup setiap bulan.  Sama seperti perniagaan makanan yang orang akan makan setiap hari.



Mudah nak urus, tidak seperti menguruskan sebuah perniagaan restoran.


Kurang pesaing.  Untungnya bisnes Tone Excel ini di Malaysia kerana persaingan syarikat Telekomunikasi masih sedikit.  Hanya beberapa syarikat sahaja dibenarkan.



Ambil kelebihan tersebut dan ceritakan kepada prospek.

Sebab, rakyat bijak makin bertambah.  Apa lagi, rakyat yang bijak untuk berniaga dan tambah pendapatan pasif juga ramai sekarang.




tone excel menipu

Baja Pokok Kesuburan Tone Excel



Ok.

Kalau dah faham pokoknya, baja apakah yang sesuai untuk bisnes ini?

Dalam perniagaan Tone Excel, anda tidak boleh lari dari 2 perkara penting.  Ia menjadi kuci utama atau aku sebut sebagai baja kesuburan pokok Tone Excel.




Apa dia?
Promosi > Promosi > Promosi > dan Promosi lagi.

Networking.


Sebagai usahawan yang niagakan sebuah perniagaan, promosi sangat penting.
Bukannya, duduk goyang kaki tunggu orang datang jenguk macam jual barangan runcit di kampung-kampung.


Promosi dengan bersungguh-sungguh.

Bukan juga, spam iklan suruh orang masuk Tone Excel di group facebook tanpa strategi dan teknik yang sesuai.  Ia akan membuatkan orang ramai muak, meluat dan membenci diri anda sebagai usahawan.


But, promosi Tone Excel dengan bijak menggunakan strategi yang berkesan.
Hasil dari promosi yang baik, akan terbina networking atau jaringan perniagaan. Jaringan inilah yang akan menghasilkan jualan.  Dari jualan, kita akan menikmati buah.

Menguruskan Networking

Sebagai peniaga yang merangkap seorang pengurus dan juga pekerja adalah sukar untuk kita menguruskan networking dengan baik tanpa bantuan sistem.

Banyak sistem yang diwujudkan untuk perniagaan Tone Excel ini.

Jangan terkejut kerana ramai agen-agen Tone Excel belum tahu kewujudan sistem-sistem ini.  Oleh kerana sikap “rajin sangat” mencari, usahawan-usahawan Tone Excel ini tidak terjumpa.
Sistem tersebut bertujuan untuk membantu kita mencari prospek secara automatik. 

 Maksudnya, kita tidak perlu promosikan Tone Excel, tetapi hanya prosmosikan sistem itu sahaja dan sistem akan bantu kita menjual.



Ringkas.
Namun, bukan semua “referal system” yang dibina berkualiti.

Salah satu sistem yang baik bagi aku adalah TEAUTONETWORK.
Pernah dengar sebelum ini?


Ramai yang tak tahu bukan?
Sebab ia masih baru dan terkini.  Sistem ini memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada sistem terdahulu.


Nak cerita fungsinya, sangat panjang.  Boleh buat sebuah ebook.  InsyaAllah jika diizinkan, masa yang sesuai aku cerita dalam entry yang lain.

Permulaanya, korang explore sendiri dan nilaikan.

Pendaftaran untuk menggunakan sistem ini adalah PERCUMA setakat entry ini ditulis.
Kalau berbayar selepas ini tak tahulah.


Bestnya sistem TEAUTONETWORK ini mereka menyediakan panduan dan “Promotion Tools” yang akan membantu ahli-ahli membuat promosi.


Guru motivas kata,
“kegagalan sebenar seseorang kerana tidak BERTINDAK”
Malique Too Phat cakap dalam liriknya,
“gagal merancang, merancang untuk gagal”


So, bertindak sekarang.  Klik link dibawah untuk bersama-sama kita berjaya dalam bisnes Tone Excel.


4 Idea Bisnes Makanan Dan Minuman Kecil Kecilan

Saya sangat tertarik dengan pakej perniagaan yang dilakukan oleh Hairul. Satu panduan yang sangat berguna dan berkualiti. Apakah produk pakej perniagaan beliau ini? Nanti akan saya ceritakan pada anda. 

Buat permulaan ini, saya mahu bercerita kisah akan perniagaan kecil kecilan yang selalu dan banyak peniaga tepi jalanan lakukan. 

Dan pada kali ini izinkan saya perkenalkan kepada anda akan model bisnes yang boleh anda lakukan secara kecil kecilan. Dan untuk menjayakan bisnes anda itu, saya akan perkenalkan 4 idea bisnes makanan kepada anda sebagai cadangan.
Apakah model idea bisnes makanan kecil kecilan tepi jalan yang selalu kita lihat? Yang selalu kita lihat adalah peniaga yang menjual air soya. goreng pisang, pau gebu pelbagai inti, taufufah, putu mayam, putu bambu, air tebu, cakoi, roti canai dan lain lain termasuk bisnes air balang. 

Bisnes yang saya sebutkan ini nampak mudah. Tetapi bagi yang tiada pengalaman memang akan celaru hendak memikirkan cara memulakan perniagaan ini walaupun nampak kecil. Bagaimana dengan modal, kos dan teknik membuat makanan tersebut. Nampak mudah tetap belum tentu semua orang tahu lakukannya.


idea bisnes makanan dari taufufah
idea bisnes makanan dari taufufah – image credit to http://www.hotels.net.my

 

Idea Bisnes Makanan Untuk Perniagaan Kecil

Mahukah anda jika saya perkenalkan kepada anda idea bisnes makanan kecil kecilan ini kepada anda. Pakej bisnes ini adalah dalam bentuk CD Video yang mempunyai ebook dan juga video. Ianya akan dihantar kerumah anda. 

Yang perlu anda buat adalah baca dan “tonton” video yang diberikan. Saya berikan contoh. Katakan anda membeli pakej Bisnes Air Dan Dessert. Anda akan dapat video tentang bagaimana proses dan cara membuat taufufah itu. Dan jangan risau. 

Pakej bisnes yang ada video sekali ini bukan semata mata buat “Air” biasa sahaja. Anda akan diberikan banyak bonus dengan adanya teknik membuat Air Dan Dessert yang pelbagai dan aneka rasa. Menarik.


Di bawah ini saya akan perkenalkan kepada anda 4 idea bisnes makanan yang dihasilkan oleh Hairul. Anda boleh dapatkan mana mana pakej perniagaan yang anda mahukan. 

Ingat! Apa maksud pakej perniagaan ini? Ianya tentang cara membuat makanan tersebut, resepi, rakaman video membuat makanan, pelbagai bonus, pengiraan kos, modal, keuntungan dan tips perniagaan. 

Mahu lebih faham, klik sahaja mana mana pakej perniagaan kecil kecilan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.
  1. Pakej Rahsia Putu – [ Click Here ]
  2. Pakej Bisnes Kek – [ Click Here ]
  3. Pakej Roti Canai – [ Click Here ]
  4. Pakej Bisnes Air Dan Dessert – [ Click Here ]
Saya harap anda suka dengan 4 idea bisnes makanan yang saya perkenalkan kepada anda. Ini adalah khas kepada individu yang mahukan satu bentuk perniagaan yang rendah modal, membuka gerai tepi jalan dan memerlukan makanan yang biasanya orang cari dan beli. 


Jadi apa yang patut anda buat untuk dapatkan pakej bisnes kecil kecilan ini. Anda hanya perlu klik pada link “click here” terhadap mana mana pakej yang anda mahukan. 

Jangan risau pakej cd yang diberikan nanti tidak mahal. Yang pasti ianya bernilai dan berbaloi buat anda. Selamat berniaga.

Teknik Mendidik Anak Membaca Seawal 3 Tahun

Saya melihat anak kepada adik saya (perempuan) yang sudah berkahwin telah menghantar anak ke sekolah tadika seawal 5 tahun. Sebenarnya keadaan ini membuat saya terkejut. 

Setahu saya, bukankah anak anak di masukkan ke sekolah tadika ketika berumur 7 tahun. Saya keliru. Sebenarnya, zaman kini anak anak sudah di galakkan dan di suruh untuk mulakan sesi persekolahan sejak berumur 5 tahun lagi. 

Dengan kata lain, sebelum masuk sekolah tadika, ibu bapa harus berjaya mendidik anak membaca sebelum masuk ke sekolah lagi.

Bolehkah seorang budak yang berumur 3 tahun, 4 tahun mula untuk membaca? Dan ini perlu bagi menyediakan kemampuan membaca sebelum masuk ke tadika seawal 5 tahun. 


Apakah teknik yang boleh diguna pakai bagi ibu bapa muda ini untuk mendidik anak membaca ketika usia anak masih awal. Bukan semua ibu bapa tahu cara mengajar. 

Silap silap akibat tidak sabar dan tiada kemahiran mengajar, mereka mengajar anak kecil seperti seorang dewasa dan tidak sabar apabila anak mereka tidak boleh boleh untuk membaca. Apakah jalannya?


teknik mendidik anak membaca seawal 5 tahun


teknik mendidik anak membaca seawal 5 tahun

Ebook Tips Mendidik Anak Membaca Sebelum Tadika


Masalah mendidik anak membaca pada seawal 4 tahun ini ada caranya. Dan YA, sudah tentu kita maklum para ibu bapa tidak tahu akan cara yang betul. Majoriti pasti mengajar anak mereka menggunakan bagaimana cara ibu bapa mereka mengajar dahulu. 


Kita tidak katakan ibu dan ayah kita dahulu salah atau silap. Tetapi dengan peredaran zaman, ibu bapa kini sebenarnya memerlukan latihan yang betul akan bagaimana untuk mereka boleh dan mampu mendidik anak mereka membaca dengan langkah demi langkah tanpa memaksa. Ini penting.



Zaman kini penting bagi mendidik anak membaca ketika usia awal. Kemampuan ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi cepat. Mudah memahami, mudah mengira dan segala galanya tentang proses pendidikan menjadi mudah. Tugasan guru pun menjadi mudah. Kalau anda mahu anak anda mampu membaca seawal 4-5 tahun, mari dapatkan panduan mendidik anak ini.


Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda akan Ebook Anak Pintar ini kepada anda sebagai ibu dan bapa akan bagaimana anda boleh mendidik anak membaca dengan mudah sebelum tadika. Anda akan mendapat bonus 3 ebook lain iaitu Rahsia anak kenal namanya, 

Rahsia pemakanan ibu mengandung dan juga Rahsia ajar anak matematik.Anda akan berupaya mendidik anak anda ketika masih berusia awal 4-5 tahun. Anda akan tahu apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak. Jangan risau harga ebook ini hanya berharga RM27 sahaja untuk 4 buah ebook sekaligus. Berminat? Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut dan terus membuat pembelian. Selamat mendidik anak anda.


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Penolong Akauntan W27
Setiap tahun akan ada peluang jawatan perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh SPA. Untuk layak jawatan kerajaan ini, anda perlu menduduki peperiksaan online terlebih dahulu untuk layak ke peringkat temuduga.

Tidak lama lagi Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan. Tarikh telah pun diketahui iaitu pada 21 October 2015. Saya pasti ada yang sudah mendapat panggilan menduduki Peperiksaan Online SPA untuk melayakkan calon ke seisi temuduga.

Jika anda lulus peperiksaan dan terpilih untuk seisi temuduga, peluang anda cerah untuk jawatan penolong pegawai akauntan w27. Tetapi adakah anda sudah bersedia dan tahu bentuk soalan-soalan yang akan ditanya?

Saya berikan sedikit informasi format terkini rujukan peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.

Contoh Soalan Penolong Akauntan W27

Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 ini terbahagi kepada tiga (3) seksyen berasingan.
Calon-calon perlu menjawab dengan teliti ke semua soalan. Anda dinasihati tidak mengfokuskan kepada satu seksyen sahaja kerana ketiga-tiga subjek mempunyai markah.

Ini boleh memberi peluang dan kelebihan kepada anda untuk mendapatkan keputusan yang terbaik kesemua seksyen. Bermakna peluang anda adalah lebih baik untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27.

Calon yang berjaya dan lulus cemerlang dalam Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan berpeluang untuk ditemuduga.

Sukatan Peperiksaan W27

Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 mengandungi tiga seksyen iaitu:
  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Ujian Psikometrik (Ujian Sahsiah & Personaliti)

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen A anda akan diuji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan isu semasa.

Anda dikehendaki mempunyai pengetahuan secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Dibawah adalah contoh soalan Pengetahuan Am Penolong Akauntan W27.
Contoh Soalan W27 Seksyen A

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B Seksyen calon akan diuji daya kesedaran menyelesaikan masalah dengan menggunakan:
  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik
Kemahiran Menggunakan Logik
Anda dikehendaki memilih jawapan dengan tepat masalah yang dikemukakan dengan mengguna segala pengetahuan, kemahiran akal dan fikiran dan kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan.


Kemahiran Menginterpretasi Data
Terdapat beberapa soalan menggunakan data dan perangkaan yang memerlukan calon menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan tertinggi dalam bidang Matematik di peringkat diploma.

Ini tidak bermakna memberi kelebihan boleh menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).


Dibawah adalah contoh soalan seksyen B.
Contoh Soalan W27 Seksyen B

Seksyen C: Ujian Psikometrik

Seksyen C adalah soalan mengukur Personaliti dan Sahsiah calon sebelum layak temuduga Penolong Akauntan W27. Ianya berkaitan dengan sahsiah atau personaliti diri calon itu sendiri.

Bentuk soalan menguji Psikologi dan daripada situ penilaian personaliti dan sahsiah calon akan dinilai. Format soalan tidak tetap dan kemungkinan format jawapan dalam bentuk pilihan; “Betul atau Salah” “Setuju atau Tidak”.

Seksyen Ujian Psikometrik banyak menguji diri dan minda anda mengikut keperluan untuk jawatan Penolong Akauntan W27 ini. Jadi perlu berhati-hati membuat pemilihan jawapan yang tepat.


Dibawah adalah contoh soalan W27 seksyen C.
Contoh Soalan W27 Seksyen C

Tips Menjawab Soalan Exam

Semua soalan di Seksyen A dan B  meliputi semua bidang akademik.
Berkemungkinan terdapat soalan yang sukar untuk dijawab kerana luar dari bidang pengkhususan yang anda ambil.

Calon dinasihati terlebih dahulu menjawab soalan yang anda tahu. Jangan membuang masa menjawab soalan yang memerlukan anda berfikir lama.

Apabila selesai menjawab soalan yang anda tahu dan jika mempunyai masa anda bolehlah kembali kepada soalan tersebut.

Testimoni Calon…

Testimoni Penolong Akauntan W27

Apakah Persediaan Anda?

Sebelum tarikh peperiksaan bermula, panduan rujukan akan dikeluarkan – Pakej Rujukan Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan untuk calon-calon peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.


Pakej ini dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya yang telah banyak membantu graduan diseluruh negara dalam kerjaya terutamanya Peperiksaan Online SPA bagi kemasukan kerjaya kerajaan.

Penolong Akauntan W27

Pakej Panduan dan Contoh Soalan Terkini Penolong Akauntan Gred W27 kebiasaannya akan dibuka dalam masa yang singkat sahaja. Sangat rugi jika anda tidak mendapatkan pakej rujukan lengkap ini.


Sekurang-kurangnya anda telah bersedia sekaligus mempunyai kelebihan berbanding dengan calon yang lain. Saya pasti anda kelam kabut jika tidak mendapat gambaran sebenar contoh soalan penolong akauntan W27 ini.


Anda STRESS apabila calon lain lebih bersedia dari anda? Anda RISAU jika tidak dapat menjawab soalan exam online dengan betul? Anda BERDEBAR dengan soalan exam yang bakal ditanya?


Adakah anda ingin LULUS dalam peperiksaan online Penolong Akauntan W27 ini? Dapatkan segera pakej rujukan lengkap ini. Klik Banner Dibawah…

Penolong Akauntan W27

Buat Duit Dengan Affiliate Cara Ninja


Buat Duit Dengan Affiliate


Anda biasa nampakkan ramai blogger dan Internet Marketer buat duit online sama ada dengan affiliate, review advertorial, iklan banner, iklan perklik dan bermacam lagilah.

Ada yang tunjuk hasil pendapatan online yang mereka dapat dengan mudahnya. Pasti ramai tertanya-tanya macam mana mereka senang-senang sahaja buat duit ribu-ribu RM.

Bukan semua yang memiliki blog atau laman web tahu cara untuk jana pendapatan pasif ini dan bukan semua berjaya. Skill dan ilmu pengetahuan kena ada, yang penting ada minat, keinginan, dan usaha.

Jika tiada semua tu, memang susah hendak berjaya. Saya sendiri belajar dari bawah secara berperingkat, bukan terus sahaja berjaya buat duit macam itu.


Senang Atau Susah Buat Duit?

Ramai yang tanya saya “Susah ke nak buat duit dengan blog, tolong ajar? Sukar saya hendak jawab jika anda baru hendak bermula. Bukan kedekut ilmu, cuma takut anda susah nak tangkap dan faham.
SENANG apabila kita rajin berusaha dan mahu belajar. SUSAH jika kita malas dan ambil jalan mudah sahaja.


Buat duit dengan affiliate melalui blog bukan bermaksud hari ini buat, esok dah masuk earnings beribu-ribu, kena bertatih juga dulu. Anda kena belajar dan fahamkan skill dan teknik-teknik.

Awalan memerlukan modal untuk belajar. Beli eBook, beli dvd, hadiri kelas, seminar dan dapatkan tutorial terbaik dari pakar-pakat internet marketer yang berpengalaman. Tiada benda yang percuma dalam dunia.

Paling utama jika tiada semangat dan usaha. Percayalah anda hanya akan duduk dibelakang sahaja lihat orang lain berjaya.

Agak lama juga saya tidak berkongsi apa-apa tips atau informasi dalam blog ini. Saya kongsikan sesuatu yang berbaloi untuk anda semua…

Ninja Turtle Buat Duit

Affiliate Ninja The Nemesis

Affiliate Ninja adalah satu perkongsian besar dari sifu-sifu internet marketer yang telah membuktikan mereka berjaya jana pendapatan beratus ribu RM dengan affiliate sahaja.

Panel terdiri dari pakar Affiliater yang sentiasa duduk top 10 setiap kali jualan affiliate berlangsung dan antara group Affiliater yang paling sukses pernah saya sertai. Tidak pernah saya nampak nama mereka jatuh dari kedudukkan carta.

Kini, mereka antara yang berjaya menjana pendapatan melalui affiliate dan blog lebih RM100k.
DVD Affiliate Ninja – The Nemesis ini merupakan rakaman video secara live ketika bengkel Affiliate Ninja di Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu.


Dua orang pakar affiliate tempatan iaitu Tuan Zeo Unic dan Tuan Muaz Hadi telah membongkarkan secara live cara sebenar bagaimana sesiapapun mampu menjana duit lumayan setiap bulan melalui affiliate.


Mereka akan dedahkan rahsia besar pelbagai teknik-teknik pemasaran online yang berkesan dan cara bagaimana membina senjata promosi melalui email, blog dan Facebook. Anda akan diajar satu persatu dan secara teratur.


Antara yang terkandung dalam DVD ini ialah…
  • Cara & strategi mudah buat duit dengan affiliate
  • Strategi sebenar bina mailing list yang berkualiti
  • Teknik penulisan email yang mampu menjual produk
  • Cara setup blog menjadi senjata jualan terunggul
  • Teknik promosi menguntungkan melalui facebook, dan banyak lagi!
Dengan mempelajari & mempraktikkan semua yang ada dalam dvd ini, anda pasti mampu menjana duit lumayan 4 hingga 5 angka hanya melalui pemasaran affiliate TANPA produk sendiri walaupun tak pernah menjual.


Pada rakan-rakan saya yang memiliki blog atau mereka yang menjalankan perniagaan online melalui laman social media ini peluang anda. Kalau nak tahu cara bagaimana hasilkan jualan besar tidak rugi anda beli DVD Affialite Ninja.


Anda beruntung kerana mereka sudi berkongsi pengalaman. Satu perkongsian yang sangat bernilai. Bukan senang hendak korek rahsia dari diaorang tau. Saya sendiri pernah mendengar taklimat perkongsian dari mereka memang SUPERB GENIUS.


Hendak berjaya kita kena ikut orang yang berilmu dan telah terbukti berjaya, bukan yang cakap macam tin kosong sahaja. Masa inilah serap ilmu sehabis boleh dari sifu-sifu Internet marketer ni.


Jangan tunggu lama-lama jualan DVD Affiliate Ninja – The Nemesis hanya dibuka selama 6 hari sahaja dan TERHAD.
Cara Mudah Buat Duit



APA TUNGGU LAGI DAPATKAN SEKARANG…KALAU TAK MELEPAS.
Jika hendak berjaya jana pendapatan online jangan lepaskan peluang, rugi besar nanti. Klik sahaja banner dibawa, anda akan dapat terus maklumat terperinci dan cara dapatkan DVD Affiliate Ninja…

Tiga Faktor Kenapa Ramai Pelabur Saham GAGAL

Risiko bermain saham?


Ya. Nak main saham ini ada risikonya. Korang kena tahu setiap risiko jika mahu main saham atau membuat pelaburan saham. Dan mesti sentiasa serius ketika hendak bermain saham. 

Salah percaturan, bersiap sedialah untuk mengalami kerugian pada bila-bila masa.

Apa risiko bermain saham yang ramai tidak tahu? Apakah faktor-faktor ramai pelabur dan pemain saham gagal mendapatkan keuntungan yang lumayan dalam pelaburan saham?

Kenapa ramai orang gagal dalam pelaburan saham
Kenapa ramai orang gagal dalam pelaburan saham

4 Faktor kenapa ramai pelabur saham GAGAL

1. Tidak ada ilmu bermain saham.

Maksudnya, tidak ada ilmu pelaburan saham yang kuat. Jika korang bermain saham kerana ikut-ikutan dan beranggapan bahawa main saham ini mudah. Korang memang silap besar. Korang memang kena belajar dan memahami selok-belok cara bermain saham yang berkesan. Barulah boleh dapat keuntungan yang besar. Tak ada siapa mahu dapat keuntungan kecil dan kerugian ketika bermain saham. Jadi, mesti belajar tentang cara bermain saham dengan betul jika betul-betul serius.


Jika serius, boleh dapatkan Ebook Panduan Saham ini untuk tambah pengetahuan dan ketahui teknik rahsia yang tidak ramai orang tahu tentang cara bermain saham yang berkesan 


Ebook Panduan Saham.



2. Dapatkan broker saham yang boleh diharap.

Jika anda ada broker, jangan segan silu untuk bertanya saham mana yang paling bagus untuk dibeli. Tanya juga apakah potensi setiap saham itu. Tanya juga saham mana yang mungkin jatuh dan mengapa setiap saham ada waktu naik dan turunnya. Pasti ada sebab tersendiri mengapa sesetengah saham itu naik dan turun.



3. Terlalu dengar khabar angin dari pelbagai pihak.
 
Hendak bermain saham ini. Otak dan hati mesti kuat. Tak boleh ragu-ragu. Tak salah mendengar banyak informasi dari rakan-rakan pelabur saham yang lain. Tapi pilih rakan yang betul-betul pakar. Sudah ramai pakar saham dilahirkan di Malaysia. Tanya mereka, dan dapatkan tunjuk ajar mereka. Jika kena belanja teh tarik dulu, belanja aje. Berapalah sangat kan kos teh tarik itu dengan keuntungan yang kita bakal dapat nanti, kan?


Dah. Itu sahaja untuk perkongsian hari ini.

INGAT.


Nak bermain saham memang mudah. Cuma nak dapat keuntungan itu sahaja yang agak sukar. Tapi, jika kita tahu cara bermain saham yang berkesan, tak susah sebenarnya nak dapat keuntungan yang lumayan dari pelaburan saham pada setiap bulan. Hehe..