Fiverr adalah sebuah laman website yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja menawarkan apa jua servis / perkhidmatan dan produk digital atau fizikal pada kadar harga 5 US Dollar. Pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan oleh IM seluruh dunia. Dari servis / perkhidmatan dan produk yang biasa ditawarkan secara online seperti e-book, servis design cover e-book, servis membuat laman blog hinggalah kepada servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif. Antaranya tawaran menulis nama anda atau apa jua mesej yang anda inginkan di pantai Costa Rica dan diabadikan di dalam sekeping foto. Anda akan memperolehi foto tersebut dengan kadar harga 5 US Dollar. Menarik bukan ?
Terdapat pelbagai
servis / perkhidmatan yang unik dan agak melucukan ditawarkan oleh IM seluruh
pelusuk dunia. Mungkin dari satu sudut, ianya lebih kepada sesuatu yang
menyeronokkan. Tetapi selagi ianya mendapat permintaan dari pelanggan,
keseronokan itu boleh ditukar menjadi sesuatu yang bernilai 5 US Dollar!
Bagi IM yang
kreatif, Fiverr dilihat sebagai satu peluang menjana pendapatan secara online
yang cukup mudah dan ringkas. Hanya dengan beberapa langkah transaksi,
urusniaga dengan pihak penjual selesai. Tiada bayaran tambahan dikenakan oleh
pengendali Fiverr. Segalanya ditawarkan pada harga 5 US Dollar. Dengan
menawarkan servis / perkhidmatan yang ringkas dan mudah, boleh disiapkan dalam
tempoh kurang dari 10-15 minit, anda sudah boleh menjana 5 US Dollar, kira-kira
RM 15. Sesuatu yang cukup berbaloi. Itu hanya untuk 1 order. Bagaimana jika
anda berjaya memperolehi 10 order setiap hari secara purata untuk servis /
perkhidmatan yang mudah? Setiap order dapat disiapkan dalam masa 10-15 minit.
Cukup mudah dan ringkas.
Bagi pembeli pula,
pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan pada kadar harga 5 US
Dollar. Pembeli yang bijak akan menikmati dan memperolehi servis / perkhidmatan
atau produk yang cukup bernilai. Terdapat servis / perkhidmatan dan produk yang
ditawarkan melebihi nilai 5 US Dollar. Mungkin nilainya boleh mencecah 100 US
Dollar atau lebih, tetapi di Fiverr anda hanya perlu membayar 5 US Dollar. Buat
pilihan servis / perkhidmatan dan produk yang bijak bagi 5 US Dollar anda.
Mungkin di laman web lain, servis / perkhidmatan dan produk yang ditawarkan
pada harga yang melebihi 5 US Dollar.
Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan oleh pengendali Fiverr. Daftar di laman web Fiverr http://fiverr.com/ dan nikmati pelbagai peluang, samada anda sebagai penjual, mahupun pembeli. Pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan oleh IM seluruh dunia. Rebut peluang menjana pendapatan di laman Fiverr sebagai IM / penjual atau nikmati dan perolehi servis / perkhidmatan dan produk pada kadar harga yang lebih rendah berbanding di laman web lain. Segalanya 5 US Dollar.
NAK TAHU TEKNIK BUAT DUIT DI FIVERR >>>KLIK DISINI TEKNIK FIVERR


